Charivari (juga dikenali sebagai Shivaree) mungkin adalah tradisi perkahwinan yang paling menjengkelkan bagi pengantin baru. Charivari mempunyai definisi “nyanyian atau teriakan yang sumbang yang disertai suara pukulan periuk, cerek, dan perkakas lain yang dapat mengeluarkan suara bising untuk mengganggu pengantin baru”. Tradisi yang aneh ini menjadi popular di abad ke-19 dan pada asalnya tradisi ini berasal dari Perancis. Namun tradisi ini tidak hanya ditemui di Perancis, ia juga tedapat di Amerika dan Kanada.
Charivari di lakukan pada malam perkahwinan pasangan pengantin baru, sebuah perjumpaan besar diadakan dari teman-teman, ahli keluarga dan tetamu perkahwinan lain akan berkumpul di luar rumah pengantin baru dan meneruskan untuk membuat bunyi menjengkelkan. Mereka memukul-mukul periuk, cerek, drum, menggoreng, tin, tong dan sebagainya serta bernyanyi dengan suara yang sumbang seperti lolongan srigala atau apapun cara lain yang mereka boleh gunakan untuk mengganggu pasangan pengantin baru yang seharusnya menikmati malam pertama dengan romantis dan tenang, sehingga semuanya berjalan indah. Pelbagai cara ditempuh ‘para pembuli’ malam pertama ini dengan membuat suara yang sebising dan semengganggu pasangan pengantin baru tersebut ..
Tradisi Pelik Kacau Malam Petama Pengantin Baru